Buat makluman, aku ini tidaklah pandai memasak. I categorized myself as what people call 'tangan keras'. Kahkahkah. Yes I am. Tapi sebab sudah berkahwin, keras ke lembut ke, sila lah belajar masak yer. Sebab besar pahala masak kat suami tau. Besar pahala masak bagi orang lain makan tau. Mak ke ayah ke adik beradik ke.
Aku pulak jenis tak suka makan kari/gulai/sup. Makan tu makan. Tapi kalau banyak pilihan dan pilihan lain yang wujud tu adalah masak pedas/sambal, itulah pilihan utamaku. Saya Musti pilih!! Hehe. Ye aku gadis sambal. Eheh. Aku cukup tak reti la nak makan kalau takde masakan yang pedas. So kalau ayam kan, ayam kunyit ayam halia tu ayam kicap tu... hmm... so so la. Tapi kalau aku yang buat, sah sah aku letak cabai Melaka banyak-banyak. Barulah kick namanya. Hehe.
Suamiku pula... dia makan pedas jugak (Alhamdulillah kalau tak jenuh eden. Haha). Cuma, dia prefer gulai rather than masak merah. Hehe. Sebab aku masak gulai tak sedap, so dia amatlah menggemari sambal sotongku. HAHAHA. Sorryyyyy. Aku belajar tau masak gulai. Tapi, hmmm come back to 'tangan keras', well...
Dia suka sambal sotong. KUAH SAHAJA. Dia adelah tidak memakan sotong. Huuuiii rugi nikmat donia. =P
Aku akan terus mengimprovekan masakan ku demimu suami! Haha. (masak pi lah apa pun mesti dia cakap sedap. huuuu. tak jujur langsung.=P )
Cekidaut....
#ikan tenggiri masak cili padi#
#Daging goring kunyit dengan potato, kubis masak kicap (kahkah), ikan goreng, sambal sotong#
#sambal telur pecah, asparagus goreng dengan shitake mushroom dan seafood, ikan goring#
#kacang buncis goring kunyit, ayam masak kicap pedas-pedas minyak#
#Nasik ayam (surprisingly, menjadikkkkk)
Nampak tak betapa bosan dan takde variasinya masakan ku? Huuu.
Eh ada Nasik ayamla!. =P
Nasik ayam itupun, pertama kali dalam sejarah keluarga (aku) masak Nasik ayam.
Dan nak dijadikan lagi donia punya pecah rekod, AKU YANG MASAK OK... AKU. Yes. BY MYSELF. Sorang. Sebab parents aku pegi London dan mak mertua adik aku datang tido kat rumah (dorang dari Pahang okkk) dan dorang suka makan Nasik ayam. Aku Google je resepi. Sebab masak sorang adelah, aku masak malam-malam buta pukul 10 baru start rebus ayam untuk sup. Esok ak ada kes kt court so takleh ambik cuti. Adik aku dalam bilik melayan family in laws nya. (Adik aku tu kalau bagi dia masak, fuuuhhh musti dia buat bege kat mak mertua dia. Daripada buat malu company, baik aku masak. Haha) Aku adelah berjaya mengimpress adikku. See the leg mannnnnn.
Aku post ni sebenarnya sebab nak jadi calendar kt diri sendiri supaya:
BELAJARLA MASAK YANG LAIN PULAI YANI OIIIIII. :P
No comments:
Post a Comment