Nuffnang Ads

Thursday, October 24

Cool & Practical Kitchen Gadgets

Assalamualaikum.
 
A good helper in the kitchen would be nice isn't it?
 
Am not referring to your husband being your nice co-cook nor your little one. I am now talking about cute-funky-effective kitchen gadgets. Oh come on... who would deny cool stuff like these, would you?
 
1.  I don't know the name can I call it My Tortilla Wrapper?


Pernah buat tortilla twister tak? ececey.. Mentang-mentang pernah buat, buat-buat tanya orang plak. Kahkahkah.
 
Ye aku pernah buat. Nanti aku upload gambar sebagai prima facie evidence aku pernah buat. Macam gambar number 2 kat atas ni. Macam kat KFC dgn MCD tu. Hehe. Tapiiiiii... Terkeluar terkeluar ok dia punya filling tu.. Aku buat blackpepper grilled chicken breast, hiris nipis, pastu grill roti tortilla sekejap, sapu mayo & sos kat tortilla, letak salad, tomato, crunchy onion, then letak isi ayam tadi. Marvelous! Cuma bila balut tu dia terburai sikit. Hehe. Sikit jela. That's why bila nampak benda ni, aku macam wahhhh nak nak nak nnti my tortilla mesti kemas je nak makan pun tak takut-takut terburai. Hehe.
 
Tengok gambar ni, kan kalau buat ayam sumbat, daging sumbat, (gulung) biasanya kita ikat dengan tali kan? Haaa.. Ikat dengan benda ni lah baru style. Baru masterchef. Haha. =P Kat mana ntah nak cari?

 
2. Chopping Board Tengok Tv


Bahaha. Tajuk bagaikan dikata. Tension kan kena buat keje kat dapur, tapi dok dengar orang gelak-gelak tengok tv kat depan? Melainkan rumah korang ade tv di dapur la. Rumah aku tak. hehe.

So aku boleh bayangkan dengan adanya chopping board cenggini, senangnya keja aku sambil boleh enjoy layan tv. Nak tengok drama kat Astro 393 pon no hal lah. Letak atas riba, potong. Compartment pon banyak. Bawang, kentang, halia. You name it. Aku boleh senyum je. Haha. Tak jelous dahhhhh kalau kena buat keja dapur time Korean Drama airing. Hehe.
 

3. Cake cutter

Stylo kan cake cutter ni? Sambil potong, pastu angkat masuk pinggan. Tak payah risau nak tersenget ke kiri ke, ke kanan ke. Takyah risau nak terbalik dan comot. Elok je lepas letak atas pinggan. Hehe. Kalau potong kek guna the normal cake cutter (secret recipe punya ke), dan kek tu tebal,  angkat je mesti macam goyang-goyang kan. Haaa.. Not nice.

Marilah membeli this stylo cake cutter beramai-ramai.


4. Great Cutter

Aku suka!!!! Sangat suka. Hehe. Selalu nak potong burger ke, roti john ke, murtabak tebal ke, mesti sebelah tangan pegang pisau, sebelah lagi nak pegang makanan tu kan? Sebab kalau tak pegang, nanti dah potong, benda-benda kat dalam tu akan lari-lari beterabuqqqq. Ada yang dapat certain things, ada yang tak dapat. Unfair. Booo. Pastu dah pegang, tangan kotor. Jilatla jari kotor tu. Haha. Ellehhhh macamla tak biasa. =P

Makanya, aku sangat appreciate ada cutter macamni. Tak kotor tangan pon. Tekan dengan benda tu, hiris tengah-tengah. hehehe. Rupa dia pon very the modern tau.


5. Watermelon Wonder


Aku takla selalu pun makan tembikai. Cuma bila kenduri kendara kecik-kecik kat rumah, biasanya akan ada orang dating bawak tembikai. Dah tu, takkan nak biar je kan? Dah tu, takkan nak suruh makcik pandai-pandai bawak, makcikla potong tembikai ni. Kan? Haha. Bila aku kena potong tembikai, huuuuu. Memang lambat giler! Haha. Dengan licinnya kulit si tembikai tu. Huh lambat.

Beli bendalah ni, senangggg. Zappppppp terus jadi slice slice bunga-bunga cinta. Hehe. Jimat masa, jimat tenaga, jimat amarah. Kahkah. Amarah manjang. =P


6. Pineapple goddess.

Aku tau takde sape dalam dunia ni suka kupas buah nanas. haha. Aku sangat tak suka. (Apeje lah yang hang suka kan yani? =P)

Sila hargai gadget-gadget macam ni ye. Kurang stress di dapur. Hehe


7. As sweet as corn


Pernah tak nak buat cucur jagung tapi malas? Haha. Ye aku sangat paham betapa malasnya nak potong the jagung tu sampai licin-tapi-make-sure-tak-kena-yang-dalam.

Ha. Beli benda ni. Takde alasan ok petang je ajak husband keluar pi teatime. Alasan: Nak makan kuih/cucuq.

Sekarang teatime adelah cucur jagung buat sendiri! =P


8. Spork (spoon + fork)


I think the inventor is geniusssss! He must be a die hard fan Maggy mee curry. Hehe. Cukup menyenangkan. Aku boleh jadi annoyed ok kalau ada sudu dan garfu dalam bowl pastu nak ambik the kuah mee tapi kena tepikan the fork. (Tu pun nak annoyed ke.. Haih masalah Negara betul la) Haha. Paham tak? So bila ade yang ni, phewwwwwww.

Genius invention I guess.


9. Superb-bowl


Sape suka breakfast makan cereal?

Aku takla suka sangat. Kalau tersedia, memang aku makan dengan lahapnya lah. Tapi kalau tak, idokla aku rajin buka pantry-store cari cornflakes/cereos/honeystar/cococrunch ni then pegi ambik milk dalam peti ais untuk makan. Kalau breakfast kat hotel, ini memang antara kewajipan aku la untuk makan dia. Hehe.

Euwwwww. Milk? Oh my nightmare. Aku pon tak pahamla. Aku tak suka/nak muntah minum susu okkk. Tapi kalau makan dengan cereal macamni, aku ok. Ok setakat semangkuk sahaja. Jangan masukkan aku dalam competition sapa makan cereal dgn susu paling banyak dia menang. Memang aku muntah la kalau masuk second bowl.

Ok back to the future picture.  Kalau makan cereal & milk macamni, lama-lama mesti lembik kan cereal tu? Terus jadi macan muntah baby. Ahaha. Ok I am exaggerating. Tapi you get what I mean, right? Kalau letak sikit-sikit, sat lagi tak kenyang. Kalau letak banyak, takkan nak makan laju-laju sangat. Memang lembikla jadinya.

Tapi....dengan adanya bowl macamni, ha...Settle problem! Letak je banyak, tapi masuk sikit-sikit kat dalam partition milk. Kan? Senangggg. Makan dengan milk pon still rangup krup krap krup krap lagi. Hehe. Eh bowl dua partition biasa tu lain tau. Bowl tu nak kena cedok dengan sudu, masuk kat milk compartment. Ni tak payah cedok, kaih (kuis) ja sikit-sikit. Oh me likey!!

 
10. The I-can-cook-you-3-components-at-one-time toaster


Amacam? Cool kan?
 
Barulah semangat nak buat breakfast kat husband pagi-pagi. hehe.
Cuba bayangkan bendalah ini di dapur.
 
*Bayang*
 
Hmmm..Tak payah tekan-tekan the hotdong nak bagi masak kat bahagian dalam dia, tak payah make sure the roti tak hangit. Masuk je, set time, *ketinggggggg* dah masak.
 
Ambik piring, squeeze sos/mustard/mayo ..makan. Yummyyyyy. Jimat masa kan? Boleh buat 3 set hotdong sekejap je. Very practical!!

 
 
 
 
 
 
 
Err... I don't want to be mean. I do appreciate the creativeness of the inventor, but I don't want this to be in my kitchen.

No thank you.

No comments: