Nuffnang Ads

Wednesday, December 4

Express Pizza & Easy Twister. Homemade. Wih Love.


Eceh. Tajuk post takbley blah.. Haha. Ive made these two for dinner quite some time ago. Tak tahu nak makan ape tapi check freezer ada bahan-bahan ni. Hehe. Super easy and super fast! Ada dua menu yang aku buat guna the main ingredient; Mission Wraps tu. Roti pita or whatever they called it. Satu aku buat Twister, satu lagi Pizza. Cekidaut.


1. EXPRESS CRAB STICK & MUSHROOM PIZZA

What do we need:-


1. Roti pita/Wraps. 2. Crab Stick. 3. Mozzarella Cheese. 4. Shittake Mushroom. 
5. White Button Mushroom 6. Pasta sauce. (aku guna prego macam kat bawah ni. Heinz punya pun sedap. hehe)



How to:-

1. Sapu pasta sauce kat roti pita. Potong-potong cendawan dan crab stick. Ikut suka je nak letak banyak mana. Letak atas roti yang dah disapu sauce. Then taburkan cheese. Aku ada letak sikit blackpepper yang aku tumbuk dengan lesung batu. Tu yang nampak ada biji-biji kaler hitam tu. Hehe. Nak bagi ada rasa pedas-pedas. Sauce pasta tu tak pedas kan. Aku letak atas tudung periuk je sebab malas cari bekas/pan masuk oven. Haha. Pemalas betol. Takpe janji boleh makan. =P Ok masuk oven, 160 darjah C, sekejap je sampai tengok cheese tu dah cair.

Sebelum

Selepas

Tadaaaaaaaaa. 
Haaaa nampak tak dah mencair? Rasanya dalam 15-20 minit camtu kot. Tak ingat dah aku. Maklumla, semuanya hentam masuk jer. hehe. Dah cair camni, makan panas-panas dengan coffee. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.


Yang kat bawah ni plak aku buat second time.
Cara potong crab stick adelah berbeza. Personally aku suka yang ni lagi. Sedap oiiii sebab roti tu kan nipis, so kita makan rasa bahan utama tu lebih dari rasa roti. Hehe. Kalau beli pizza, biasanya bahan utama tu tak banyak sangat pun.. Kat iklan je dia letak banyak kan. Haha. Ni dah buat sendiri, ha ambeeekkkkk kau. Bubuhla sampai melimpah ruah. Hehe.




 2.EASY BREAST CHICKEN GRILLED TWISTER

We need:-


1. Roti pita. Aku guna roti yang sama jugak. 2. Tomato. 3. Salad. 4. Bawang Holland.
5. Chicken breast. 6. Blackpepper, salt, bawang putih, chilli sauce, mayonese.


How:-

Tumbuk-tumbuk blackpepper. Jangan sampai hancur sangat sebab nak bagi rasa dia kuat. (macam kita makan proseperity mcd tu kan. hehe) Perap blackpepper & bawang putih cincang dekat bahagian chicken breast yang kering. Letak salt sikit. Kalau ada masa, perapla lama. Kalau xde masa (macam aku) terus letak atas grill pan, dan grill kan ia sehingga masak. Kat bawah ni aku ambik gambar masa tengah digrilled. Hehe. Tak payah bagi kering sangat. Nanti tak moist ayam kita.



Lepas tu, letak roti pita. Sapu mayonis/sos/mustard sauce ikut sukala nak letak sos ape, letak salad, letak bawang holland yang dipotong bulat, letak chicken breast yang dah dihiris nipis, then bolehlah kita wrap dia sampai jadi macam kat bawah ni. Nyummmmmmmmmmmm. Tanak hiris pon boleh. Ikut suka tekak. Hehe.



 Masa buat ni aku dengan adik aku je (plus Aufa). So aku buat dua jela, makan bersama Choc Lava Cake with Vanilla Icecream on top. Ye aku buat jugak. Tapi resepi.. errrr nantila. 
Aiskrim dah mencair sebab aku tak bagi adik aku makan lagi,  nak snap picture konon. haha. At the same time, Aufa dok kira nak terjah je so aku dok bawak lari pinggan dari Aufa. By the time nak ambik gambar, dah cair...  Kahkahkah lawak.  Sedappppppp. (ceh tak abih-abih puji diri sendiri.. haha) 
Sungguh lumayan dimakan bersama Kek coklat lava itu. 

Silalah try ye!. =)


P/s: Choc Lava Cake dibuat selepas aku memakan beliau ini di SR. 
Jauh beza rupa dia kan. Haha. =P



2 comments:

fiza said...

nak tanya roti tu saya pernah nampak rsnya ada macam2 jenis kan? roti tu keras ke lembut?

Unknown said...

Fiza. Yes ada macam2 jenis. Sy ambik yang onion ni. Roti ni lembut je. Kalau bakar lama2 jadi garing pun tak best. Hehe