Nuffnang Ads

Saturday, October 12

Tudung Simple & Cun yang cover dada (tapi bukan tudung labuh)

 
Assalamualaikum.
 
Haaa... Direct & straight to the point tak tajuk post? Haha.
 
Bukan apa, biasanya, (aku la) kita dah sedar diri yang sebagai Muslimah, menjadi kewajipan untuk tutup aurat terutamanya memakai tudung ikut syarak kan? Omputeh kata, syariah compliance. Tapi Ya Allah susahnya nak jumpa tudung yang berkenan di hati untuk sempurnakan niat murni ini. Huhu.
 
 
 
Kadang dah cantik, bekenan di hati, jarang.
Dah cantik, tak jarang, singkat pulak.
Tak jarang, tak singkat, eh eh tak bekenannya pulak tudung cenggini.
Kadang dah bekenan bab awning, body dia tak cun dengan kita pulak.
Kadang bekenan tudung, awning melekap kat kepala pulak.
Bila sume macam dah ok, material tudung plak alahai...
Kadang semua tu cukup dah, tak jarang, tak singkat, design cantik, awning pun selesa tak kemek sangat, material di best, tapiiiiii tengok tengok.. MasyaAllah... mahalnye la pulak. (dah sape suh taste orang kaya kan? haha) Pffff
 
Macam-macam kan?
 
See? Banyak benda yang membantutkan kita nak buat baik dan cuba improve diri kan?
 
(Bape banyak kan daaaa...)
 
Jangan risau. Saya telah temui penyelesaiannya... Hehe.
 
Saya dengan ini mencadangkan kepada anda semua, kalau nak cari tudung yang tak jarang, tak singkat, cantik, awning selesa, material bagus, buat kita rasa confident, dan paling penting didatangkan dengan reasonable price, maka sudilah kiranya berkunjung ke SYIFA COLLECTIONS.
 
Sila klik facebook Syifa Collections DI SINI.
 
Dah klik? Korang mesti rasa ala...baru 690 likes apa barangggggg. Hehe. Jangan judge kalau tak kenal. Tryla usha koleksi koleksi di sini.
 
btw, post ini langsung tidak dibayar atau diminta. Haha. Saya tak kenal pun owber dia. Cuma tau  nama Syifak, dan very nice online seller. Kalau kita Tanya macam-macam just for one piece of tudung pun dia layan je. Hehe.
 
PerSonally, below are some of my favourites. Ada yang saya dah beli. Setakat ni.. erm.. dah 6 pieces saya beli. Adik saya dah berbelas belas pieces beli kat dia. Hehehe
 
 
 




 
 














Cantik kan? =)

Yang kat atas ni semuanya saiz L. Hehe. Tudung macam-macam jenis dan design dari saiz M - XXL.
 
Harga sangat affordable.
 
Actually design macam ni banyak online seller kat facebook pon jual, cuma setakat yang saya compare, Syifa Collections ni jual paling murah. Mesti akan beza RM10-RM5 kurang dari yang orang lain jual. Tak caya, try lah compare. Hehe. Saya juga dah tgk sendiri tudung-tudung di di sebuah kedai di Tesco Sungai Petani. Dan...kedai tu jual RM15 lagi mahal dari kt sini. So, why pay more isn't it? ^___^
 
Yang penting pakai tudung ikut syariat.
Cantik saja beratus-ratus ringgit tapi tak ikut macam yang Allah suruh, buat ape kan?
 
 *wink*
 
 

No comments: