Nuffnang Ads

Friday, September 6

Tentang Ikhlas


Ikhlas.
Apa itu ikhlas? Ikhlas maksudnya apa?

Ikut Kamus Dewan, ikhlas itu; suci hati, tidak berpura-pura.
Dalam Islam, ikhlas itu buat semua amal kerana Allah, untuk mendapatkan redha-Nya, bekalan untuk kembali kepada-Nya.

(Tengok aku garis  word amal tu. Sebut betul2.. amal. A M A L. Ok. =P )

Dah kalau kita curi barang orang terang-terang, bukan untuk dapatkan redha Allah ye kalaupun alasan kita adelah saya suci hati mencuri, saya tak pura-pura langsung tau.

Ok budus punya contoh. Haha. So you get my point. Bila buat amal ye. Fahami konteks dulu.


Ikhlas adelah bila kita kena outstation, balik-balik rumah tengok rumah bersepah, kita kemas dulu sebab tidak mahu anak dan suami hidup dalam sampah sarap. Tambah pulak sakitnya mata tengok rumah sepah-sepah sebab suami tak reti kemas rumah so sampai-sampai rumah belum pun mandi makan tidur sume, kita kemas. Tak harapkan ape pon. Tak bersungut kat suami.


Ikhlas adelah bila kita dah nak sampai rumah, tiba-tiba mak/adik/kakak/abang/husband/mak mertua call mintak kita tolong belikan itu belikan ini yang menyebabkan kita kena patah balik sebab kita dah lalu pun kedai-kedai tempat yg dorang suruh beli barang tu, jauh jugak nak patah balik tapi kita buat jugak tak merungut. Tu ikhlas.


Ikhlas adelah bila kita tau kawan kita (colleague) belum masuk ofis, tapi suddenly klien kawan kita datang ofis, kita tolong entertain without say a word untuk burukkan kawan kita atau untuk  tarik klien tu bagi suka kita or things like that sedangkan kita tahu kawan kita kena pegi airport fetch husband dia yang baru balik outstation. Kita tolong klien kawan kita tu dapatkan apa information yang dia nak, even all the credit soon takkan dapat kat kita pun. Tu ikhlas.


Ikhlas adelah kita pegi rumah pakcik kita yang tua, yang duduk sorang-sorang, kita tolong cuci cuci pinggan mangkuk  rumah dia, mop lantai, lap tingkap, beli barang-barang keperluan untuk dia, even pakcik kita  tak berapa nak ingat nama kita sbb dia dah tua. even kita tau tak ada orang nampak pun apa yang kita buat, tapi kita tetap nak buat. Tu ikhlas. 


Ikhlas tu bila kita pregnant, tapi kita rasa kuat lagi, so kita bangun dari seat dalam LRT, bagi makcik yang takla tua sangat tapi tengok pun tau makcik tu tak sehat duduk kat seat kita, tu ikhlas. 


Adeke kat mana-mana dalam situation di atas kita dapat balasan? 

Tak ada.Eh. Sebenarnya ada. 

Kita dapat pahala, insyaAllah.

Itu namanya ikhlas. Bukan dapat duit pun, bukan dapat pujian pun, bukan dapat nama pun.Tapi di mata Allah, insyaAllah semua tu ada ganjarannya. Amal untuk dapatkan redha Allah. Apapun, semuanya untuk redha Allah.

from the other side of coin, bila kita tengok orang-orang dalam kategori di atas buat benda-benda tu, jangan pulak kita senang-senang cakap;

"Ala.. nak tunjuk baikla tu"

"Saje je buat tu nak bodek"

"Ade maksud lain ni dia buat macamtu"

Janganlah yer menghukum orang. Kita tak tau apa yang ada dalam hati dia. Ikhlas itu rahsia Allah. Hanya empunya badan dan Allah Taala saja tahu apa niat kita sebenarnya. 

Jadilah orang yang ikhlas. 
Jadilah orang yang tidak menghukum. 

Ganjarannya insyaAllah di dunia selepas ini. =)

Katakanlah: "Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam,tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku danaku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)" 
                                                            (Al-an'am 162-163)

No comments: