Assalamualaikum.
Semalam memang tak larat sangat. Rasa sikit lagi nak demam. Sakit tekak, flu, sume cukup.
My husband kebetulan memang dah set pegi memancing dgn bot besar dgn kawan kawan skolah die. Pikir nak masak ape ye sebab dahla tengahari tak makan, pastu lapar giler, pastu tak larat giler. Huuu. Nak tapau apa-apa seriously aku takde selera langsung semalam nak pikir benda ape nak dimakan. So lepas office hour abih pukul 5, even tak larat, pegi beli sayur baby sawi dengan cendawan dengan udang sikit, sotong sikit kat superstore belakang my office.
On the way balik, baru sedar takde orang kat rumah dan kunci spare ade dalam keta my husband. HUHUHU. Luckily my sister ade dan ade kunci kat dia so pegi ambik kat dia yang dok melepak rumah ex-boss makan-makan riang ria di hari raya. Aku memang tak larat nak singgah makan so kirim salam je ye.. Lagipun i was in rush nak ambik aufa kt babysitter.
Ambik aufa dalam pukul 6.15 petang camtu.
Balik, duduk berdua dengan aufa, main-main, gelak-gelak, haha aufa lawak okkkkk. (Seee. Teringat die pun aku dah nak gelak senyum senyum. Heee. Penangan bila in love. =P) Bila aufa telelap dalam pukul 7 camtu, barulah rasa lapar aku muncul kembali. Terus macam... hmmm yang tadi aku beli beli tu aku nak masak ape sebenarnya? Haha. Blur.
Masuk dapur, bukak laci, tenampak spagetthi yang balance masak haritu. SEE HERE
So aku decide masak aglio olio ni lah cepat dan senang.
Dan-dan aku siap cincang bawang bawang, dan spaghetti siap direbus, aku dengar,
"Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"
Haha.Aufa dah bangun daaaaa. HUU. Anak dara ni tido kalau tido time time ni, memang sekejap sekejap je. Dalam 15 minit je kot. Pegilah duduk dengan dia depan tv. Aku bagi dia main mainan dia, then aku pegi sambung masak.
Pastu dengar lagi,
"Hukhukhukhukhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu"
Pegi balik kt dia.
"Aufa..mama ade dengan aufa ni..Mama masak kat dapur..."
Pastu aku main-main jap. Bila dia dah ralit tu, aku bangun nak pg dapur balik. Dan-dan aku pusing badan tu,
"Huhuhuuuuuu"
Hehe. Kesiaaaan anak mama. Tapi cumel je dia punya hukhukhuk tu. Haha. So aku pun angkut dia skali pg dapur. Letak dia dalam fisher price tu suh tengok, "Ha ni aufa tengok mama masak okkk. Nnt aufa masak kt mama plak. " Ahahaha
Bila dah siap sume, my husband sampai umah.. So dia take over jaga aufa dan aku makan jap dengan selesema dan batuk yang makin teruk. Huuuu.
Eh eh panjang pulak. Ni intro aku je tau. Haha. Intro yang menyebabkan aku terpikir dan terasa nak cari benda-benda yang boleh aku praktikkan untuk mempercepatkan masak memasakku. Well... iolsss yang kena kerja ni, dengan nak tengok baby lagi kan. So kita kena berfikir dan bertindak secara pantas, bijak dan kreatif.
Disebabkan itu, hasil pembacaan dan pemikiran, aku compilekan kat sini untuk tatapan bersama (cewwah).
Cara mudah dan pantas utk mereka yang bekerja (mahupun surirumah sepenuh masa) untuk memasak kat rumah.. Hehe.
Cekidaut..
1. During weekend, kupas bahan mentah macam bawang merah, putih, besar (Anggaran untuk kegunaan seminggu) halia, lengkuas, kunyit, ubi kentang (rendam dalam air, kalau tak jadi itam), atau segala-gala benda yang hendak dikupas. Simpan dalam tupperware dan masuk dalam peti ais.
2. Tumbuk siap2 bahan yang nak ditumis. Kalau buat banyak-banyak, simpan dalam peti ais kat "Chill compartment" contohnya untuk buat sambal atau masak asam.
3. Untuk masakan yang lazat dan bebas dari pengawet, buat sendiri cili boh/cili pes! Rebus cili, sejukkan dan kisar dengan sedikit air masak, sedikit garam (untuk kasi tahan lama) dan minyak masak (untuk hancurkan biji cili). Aku selalu rebus, sejat, pastu belnd je dgn minyak sikit. Then simpan dalam tupperware, masuk peti ais.
4. Suka makan sambal belacan. Tumbuk banyak banyak sambal belacan, simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais. Bila nak makan baru ambil sikit dan perah asam limau atau limau kasturi. wallah. Jadi macam baru seminit ditumbuk! =P
5. Rendang, kerutuk dan apa-apa yang sama waktu dengannya yang boleh tahan lama - weekend nanti, masak banyak-banyak dan bungkus kecil-kecil untuk satu hidangan setiap satu dan masukkan dalam freezer. Nak makan jer, panaskan.
6. Untuk frozen food, contohnya ikan atau daging atau ayam yang dalam freezer tu, sebelum pergi kerja pagi tu, keluarkan dari freezer dan simpankan di bahagian bawah peti ais. (Jangan keluarkan dari peti ais terus, nanti rosak dan busuk plak) Nanti balik, dia dah lembut, so senang nak masak.
7. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili kisar, belacan, air asam jawa dan taruk garam dan gula sikit Tumis biar lama atas dapur biar kasi gelap warnanye, tapi jangan lak sampai hangit! Simpan dalam Tupperware kat "Chill Compartment". Nak masak ikan tumis pedas ke, ayam pedas ke, ape-ape aje – scoop aje, masuk kuali dan mesra-mesrakanlah.... Untuk masak kicap, tambah aje kicap manis atau kicap masin...
8. Untuk sayur-sayuran, kalau nak masak untuk breakfast, sebelum tidur tu - siapkan segala bahan-bahan. Bangun awal sikit, terus goreng. Potong potong kubis ke, cronflower ke, carrot ke. Hehe. Sama lah caranye untuk goreng menggoreng yang lain termasuk nasi goreng!
Senang kan?
Yang penting preparations. Macam jugak nak exam. Prepare SEBELUM exam,
baru tak gelabah.
Bukan time nak masuk hall ambik exam baru nak cari
pen, nak tajamkan pencil, nak check liquid paper bagai. sah sah la
gelabah dan yang reti jawab pun jadi tak reti sebab masa tak cukup.
Heeee.
p/s: disebabkan semua bahan-bahan masakan ini perlu disimpan dalam peti sejuk, sila pastikan peti sejuk anda sentiasa bersih dan kemas dan juga kosong supaya ade space!
No comments:
Post a Comment