Nuffnang Ads

Friday, August 2

Kek Coklat Lembab semudah ABC One Two Three


Semalam buat kek coklat. Tapi knowing me yang tangan kalau masak kalau bekebun tak beraperla nak menjadi ni, makanya aku buat yang basic sahaja. Tiada topping tiada coklat ganache bagai ye. haha. Tapi ok aper sebab kek tu makan saja pun sodapppppp nyum nyum nyum. Untuk orang yang nak senang ja buat macam aku tapi nak hasil yang vassss gitttewww, silakan mencuba resepi di bawah. Hee.

Bahan-bahan:


3/4 cawan tepung gandum
1 cawan minyakjagung nak guna minyak bunga matahari pon boleh
1 cawan serbuk coklat Van Houten ikut sukala nak guna brand ape
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
4 biji telur ayam gred A- haha

Cara-cara:

          Untuk orang yang bukan malas tapi nak cepat dan masa tak banyak (hahaha):-

1.Masuk je sume benda dalam blender, blend sampai mesra uolls.
2.Masuk je sume dalam bekas yang dh disapu minyak ckit2.
3.Masuk dalam oven 180 darjah celcius selama 30-35 minit ikut oven jugakla.
4.Masuk dalam mulut bila dah masak bunyi tingggggg. haha

Senang kan? Ingat 4 Masuk sahaja. Hahaha. aku memang yang senang2 ja. Heee

         Untuk orang yang ada masa banyak sikit:-

1. Ayak dulu tepung, baking powder & soda bicarbonate.
2. Panaskn semua bnda kecuali bahan no. 1 yang diayak & telur atas api perlahan.
3. Bila sebati & tekstur dah jadi smooth, tutup api, rehatkan seketika ye.
4. Masa dorang rehat, blend telur 4 bijik itu.
5. Masukkan telur yang diblend & tepung ke dalam bekas yg ada bahan2 dipanaskan td
6. Masuk selang seli sampai kesemua komponen (telur + tepung + adunan tadi tu) sebati
7. Kacau guna senduk je pun ok x payah guna hand mixture tu.
8. Masukkan dlm acuan/loyang, bakar dlm oven. 180 drjah celcius 30-35 minit.

Dah siap, makan!


          
                    
Beginilah rupanya setelah dipotong... Hehe. Buah ceri tu saja mengada. Haha. Nak lagi cantik korang tuangkan topping dia la eh. Aku cenggini pon dh heaven giler sbb dia sangatlahhhh moist tau!




Close up



 Ok mari kita menggemok! =P


2 comments:

Anonymous said...

awk, pakai blender je boleh jadik sedap? nak try lah. hihi. tengah google resepi ni nak buat kek esok.

Unknown said...

eh eh eh. Ade org komen la! haha. Anonymous, time kasih sudi dtg blog saye ini. Sedapppp. Cuma blender tu yg besar ckitla baru bleh blend betul2. Hehe. Gud luck!