Amboi nama...Mat saleh sangat uolls. Melayu dia popia pisang. Hahah oh-kenapakah-seperti-hubuh-bebenor-kedengarannya. Tak taula apa ke nama yang tepat untuk beliau ini.
Sebenarnya, sungguh senang membuat beliau yang rupanya seperti ini;
Haha.(Err sorry kualiti picture tak memuaskan. Hmmm amatur amatur) Mesti macam pelik je kan. Benda apela budak ni itu pun nak letak dalam blog bagi orang tgk. Hahahaha. Bukan.. aku ni tak bape terer masak. Pastu slalu takde idea nak masak ape. Kadang-kadang tak tau menu terus aku cancel mood masak eh bleh plak mood cancel camtu. Huahua.
Simple je. tapi sedap oo makan panas-panas time berbuka. Sedap jugak pas ni kalau dibuat breakfast dan minum petang. Mudah, jimat, cepat dan menyelerakan. Sesuaila sangat bagi ibu bekerjaya macam aku eceh yang malas masak tapi teringin plak kadang-kadang nak masak. Haha
Ok, so..
Bahan-bahan:
Pisang ikut suka nak banyak mana
Kulit popia pun ikut suka nak banyak mana
Sedikit telur
Hahahaha. Apakah punya resepi kan. Try try tryyy. =P Ni ujian daya tahan meneka kuantiti ikut daya pemakanan seisi rumah. Hohoho
Cara-cara;
(bleh refer gambar kt bawah utk senang paham. Kalau dah bagi gambar pon tak paham..., ish lu pikirla sendiri. Haha)
1. Pisang yang ranum dibelah dua. Belah dua ni letak setiap satu atas kulit popia masing masing la ye.
2.Letak pisang di hujung kulit popia yang lembab. Kalau kering nnt keras dan tekoyak biler nak gulung n wrap tu
3.Sapu sedikit telur yang dah dipukul ke bahagian penjuru kulit popia untuk tujuan bile dah wrap nnt die melekat dan tak terbuka.
4.Balut ye kawan-kawan. Wrapkan pisang yang dibelah dua tu sampai ke penghujungnya.
5. Korang nak goreng pon bleh akan berminyak siket soooo, untuk kesihatan jangka panjang, better letak je atas pemanggang ajaib korang TANPA minyak ye. :etak sat je then alihkan sebelah lagi.
6. Jgn lama sgt nnt keras tak best. Bila agak perang ckit, angkat, masuk pinggan, masuk mulut ngapppp panas panas so melecur lidah dan lelangit dan anak tekak padan mukaaaa. Haha. Siap dah!
Senang je kan? Bukak tadika pon bleh buat tau! =P Rasa manis pisang yang sedappppp mcm Banana Pie.
Hehe. Selamat mencuba uolls!


No comments:
Post a Comment